Wednesday 5 November 2014

peta


View Larger Map

movie

image_pdfimage_print
Pertunjukan Malaysia Freestyle Motorcross Xtreme 2014 (MFMX2014)
Sempena Himpunan Jutaan Belia Gambang
15-16 NOV 2014

Eigo Sato (dua dari kiri) bersama Presiden MBM (kiri) dan Datuk KSU KBS (duduk, tiga dari kanan) ketika sidang media FMX di KBs jam 3.30 petang tadi

Hari Belia Negara 2014 – Himpunan Jutaan Belia Putrajaya yang akan berlangsung pada 15 – 16 Nov 2014 bakal digegarkan dengan kehadiran buat julung kalinya sekumpulan penunggang Freestyle Motorcross Xtreme (FMX) atau Moto-X dari Jepun yang akan membuat pertunjukan khas di sini.
Secara basisnya, FMX merupakan sukan ekstrem yang menggabungkan aksi-aksi lasak yang mendebarkan. Para penunggang antara lain akan membuat lompatan tinggi dengan pelbagai gaya akrobatik yang mengagumkan.
FMX yang dikategorikan sebagai sukan permotoran lasak sangat popular dan begitu diminati di negara luar seperti di Amerika Syarikat dan Jepun. Bagaimanapun, senarionya berbeza di Malaysia oleh kerana sukan ini kurang dikenali ekoran kurangnya publisiti dan pendedahan kepada masyarakat umum.
Bertitik tolak daripada itu, Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Care Advantage Sdn. Bhd. mengambil inisiatif dengan memperkenalkan sukan ini kepada khalayak umum dalam Hari Belia Negara 2014 – Himpunan Jutaan Belia yang akan diadakan di Gambang pada Nov ini. Di Malaysia, acara ini akan dikenali dengan nama MALAYSIA FREESTYLE MOTORCROSS XTREME 2014 (MFMX2014)
Acara ini sememangnya bukan calang-calang kerana penunggang FMX terkenal yang berasal dari Jepun, Eigo Sato dari Freaking Good Motor-X Tour (FGMT) akan mengetuai pertunjukan yang bakal menghangatkan atmosfera Sambutan Hari Belia itu nanti. Beliau merupakan antara lima penunggang terbaik dunia dalam sukan ini. Beliau berpengalaman membuat pertunjukan di seantero dunia. Di Gambang, beliau tidak berseorangan, sebaliknya akan bersama-sama penunggang hebat yang lain dari FGMT yang akan turut serta membuat persembahan yang memukau pandangan para pengunjung.
Mengulas mengenai FMX ini, Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM berkata, selain bertujuan mempromosikan sukan permotoran lasak itu terutama kepada golongan belia, pertunjukan itu sendiri sebenarnya menampilkan sisi kelainan dalam Himpunan Jutaan Belia Gambang pada kali ini.
“Kami bukan sahaja membawa sukan lasak ini secara eksklusif untuk dipertontonkan kepada orang ramai malah turut membawa penunggang yang sudah mencipta nama di pentas dunia iaitu Sato dan rakan-rakannya”. Di samping itu juga, kami percaya ia akan menjadi salah satu daya tarikan untuk para pengunjung semasa Sambutan Hari Belia dan pastinya akan menarik ribuan pengunjung untuk turun ke  Gambang,” katanya.
MBM mahupun Kementerian Belia dan Sukan Malaysia berharap, sukan FMX ini akan mendapat tempat di hati para belia negara ini. Adalah diharapkan agar inisiatif yang dicetuskan ini juga kelak akan menjadi pemangkin kepada Malaysia untuk menjadi tuan rumah dan singgahan destinasi sukan permotoran lasak suatu hari nanti.

Monday 3 November 2014


GAMBANG MOTOCROSS CHALLENGE 2014


             GAMBANG MOTOCROSS CHALLENGE 2014

                                 15/11/2014 -16/11/2014